Pages

Tuesday 15 July 2014

Tanya Sama Hud-Hud?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Assalamu'alaikum

Kebiasaannya lagu-lagu yang menyampaikan falsafah dan metadologi dakwah hanya terdapat di dalam lagu nasyid, qasidah dan sebagainya. Tapi jangan terkejut pada hari ini lagu-lagu biasa juga yang membawa melodi bukan nasyid dan berlainan dari nasyid juga menyampaikan mesej dakwah. Contoh macam lagu 'Di Penghujung Rindu' nyanyian Jamal Abdilah ada makna disebaliknya.

So, kali ni kita bincang mengenai lagu genre dakwah tapi bukan nasyid. Tak asing lagi pencipta lagu seperti ni ialah Allahyarham Rosdi Kamis ataupun dikenali sebagai Loloq. Allahyarham banyak mencipta lagu yang membawakan mesej dakwah kepada kita sebenarnya. Kesenian dan muzik ni sebenarnya dah lama bermula semenjak zaman Parsi lagi. Contohnya seperti Saaludin Ar Rumi As Sauni telah menulis karya mengenai cinta dan karya tersebut kalau tak didalami dengan betul, cinta yang dikarya seperti dituju pada manusia tetapi sebenarnya kepada pencipta kita.

Faridudan Al-A'tari yang menulis kesusteraan Parsi iaitu anak kepada seorang farmasi. Beliau sangat berbangga dengan pencapaian farmasi tersebut dan tidak pernah mengembara untuk melihat dunia luar yang sebenarnya penuh dengan pahit dan manis. Pada suatu hari, datang seorang tua telah menyedarkan beliau dengan mengkritik kedai farmasi tersebut yang dirasakan oleh Faridudan Al-A'tari sudah cukup maju dan hebat. Disebabkan kritikan tu, beliau menangis dan tersedar mengenai kebanggaannya itu hanyalah sedikit nak dibandingkan kehebatan Allah. Mantiq At-Toir ialah kitab yang dihasilkan oleh beliau setelah beliau tersedar disebabkan kata-kata orang tua yang pernah datang kat farmasi beliau. Kata orang tua tu, "Aku kesian kepada kau kerana apabila engkau mati kau akan meninggalkan banyak harta."

Banyak lagi kitab-kitab lama seperti...
-Ibnu Tufail, Hi Ibnu Ya'zaid (kitabnya). Sampai sekarang orang putih mengabil kitabnya dan mengkaji kitab tersebut.
-Ibnu Rusydi, Bidayah Arrusydiq. Kitab ni membalas kitab Imam Al-Ghazali.
-Hamzah Fansuri, syair perahudi Tanah Melayu. Tarekat wahdatul wujud dan beliau berpegang pada tarekat ni. Fahaman ni disambung oleh Nurudin menyebabkan ketidakpuasan hati dan berbunuhan antara mereka.
-Hamka telah menulis kitab dengan falsafah barat. Beliau memasukkan kisah Socrate dan lain-lain.
-Tafsir Al-Quran, the message dikarang oleh Leopard Wes yang merupakan bekas Yahudi telah bertukar kepada Islam. Bukunya ialah 'Road to Mekah'.

Lagu 'Aduh Saleha' sebenarnya komplain kepada orang-orang yang soleh dan solehah yang selalu bergaul sesama mereka je. S.Remy Sahak, lagunya dipohon rindu dinyanyikan oleh Jamal Abdilah pun ada maksud yang tersirat. Suci Dalam Debu pun ada maksudnya tersendiri iaitu cerita kasih seorang hamba kepada penciptaNya. Debu juga digunakan untuk bertayamum.

'Tanya Sama Hud-Hud' liriknya memang mendalam. Sukar untuk difahami.

Rangkap pertama :-
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

(Hadis Rasulullah menyatakan bahawa Islam akan berpecah kepada 73 tetapi hanya satu sahaja jalan yang benar.)

Rnagkap kedua :-
Ribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
tiga puluh

(Rangkap ni merupakan ringkasan kitab Mantiq At-Toir. Dari berbuku-buku diringkaskan menjadi satu rangkap je. Kitab ini membandingkan burung dan manusia. Hidup ini perlu ada tujuan. Beribu burung-burung ingin ke satu tempat lalu mereka memanggil Hud-Hud yang pernah menjadi pembantu nabi Sulaiman untuk menjadi ketua. Satira (sindiran) dalam parsi dipanggil Mantiq. Berbalik semula kepada kisah burung-burung yang ingin mengembara tetapi tidak tahu kemana hala tujunya telah dicadangkan oleh Hud-Hud untuk mencari Raja Muraq.Hud-Hud memberi tahu bahawa banyak rintangan yang perlu dihadapi oleh mereka untuk mencari raja tersebut. 

Antara burung-burung tersebut ialah burung kenari yang dituju kepada golongan asy-syikin (rindu). Burung Merak pula pernah hidup dengan nabi Adam di dalam syurga. Itik pula memberi alasan bahawa dia tidak mampu pergi kerana dia hidup didalam air. Ini menyindir golongan orang yang sentiasa memberi alasan. Burung Gelatik pulak memberi alasan bahawa fizikalnya kecil. Burung Helang pulak mengatakan bahawa dirinya telah menjadi raja, jadi mengapa perlu dia mencari raja tersebut. Ini merupakan sindiran kepada golongan raja.

Lalu mereka memulakan perjalanan mereka. Mereka melalui 7 lembah. Lembah pertama merupakan lembah pencarian. Lembah ke-2 pula merupakan lembah cinta (api) yang bermaksud perjalanan menuju tuhan semua adalah sama. Lembah ke-3, lembah kearifan. Lembah ke-4 merupakan lembah kebebasan kerana terdapat banyak cabang yang boleh dipilih oleh burung-burung tersebut dan mereka akan berjumpa di satu destinasi. Lembah ke-5 pula merupakan lembah keesaan. Lembah ke-6 ialah lembah kehairanan, ketakjuban kepada akhirat. Lembah yang terakhir, ke-7 merupakan lembah kefakiran kerana hamba itu faham bahawa dia tidak mempunyai apa-apa di dunia ini selain penciptaNya. Sumber dari Youtube mengenai penceritaan daripada Thinker Allahyarham Ustaz Syaari megenai 7 gunung yang boleh dirujuk sebagai 7 lembah tersebut.

Dalam ribuan burung tersebut, hanya 30 ekor burung sahaja yang sampai ke Istana Sultan Muraq tersebut. Muraq di dalam bahasa parsi bermaksud 30. Apabila mereka masuk kedalam istana tersebut, mereka melihat diri mereka sendiri. Ini bermaksud sesiapa yang mengenali diri mereka sendiri maka dia kan mengenali tuhan mereka.

Rangkap ketiga :-
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan cipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

(Rangkap ini menceritakan mengenai peraturan yang dicipta oleh manusia. Manusia ini sebenarnya mencipta undang-undang tetapi sebenarnya mereka mencipta kekalutan kerana undang-undang Allah lebih teratur dan baik untuk manusia.)

Rangkap keempat :-
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenar
Berikan ku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai lai lai lai


(Rangkap ini pula merupakan malaikat maut iaitu sang algojo yang akan menarik nyawa tanpa terlewat seminit pun apabila ajal seorang itu telah sampai. Jika orang tersebut berada dalam kefasikan, dia tidak boleh mengatakan TUNGGU atau NANTI untuk bertaubat kerana semuanya telah terlewat.)

Rangkap kelima :-
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"

(Rangkap ni paling kelakar sebab penulis lirik lagu ni menyindir kepada orang yang tidak memahami lirik ini bahawa jika kau tidak faham apa yang disampaikan kau tanyalah sendiri kepada burung Hud-Hud tersebut.)


Itu jelah ilmu yang aku kongsikan. Sumber dari Ibnu Rijal dari fakulti ECONS,UIA Gombak pada 15.4.14 hari selasa. Tq sudi membaca. :)









No comments:

Post a Comment