Pages

Tuesday 15 July 2014

Tanya Sama Hud-Hud?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Assalamu'alaikum

Kebiasaannya lagu-lagu yang menyampaikan falsafah dan metadologi dakwah hanya terdapat di dalam lagu nasyid, qasidah dan sebagainya. Tapi jangan terkejut pada hari ini lagu-lagu biasa juga yang membawa melodi bukan nasyid dan berlainan dari nasyid juga menyampaikan mesej dakwah. Contoh macam lagu 'Di Penghujung Rindu' nyanyian Jamal Abdilah ada makna disebaliknya.

So, kali ni kita bincang mengenai lagu genre dakwah tapi bukan nasyid. Tak asing lagi pencipta lagu seperti ni ialah Allahyarham Rosdi Kamis ataupun dikenali sebagai Loloq. Allahyarham banyak mencipta lagu yang membawakan mesej dakwah kepada kita sebenarnya. Kesenian dan muzik ni sebenarnya dah lama bermula semenjak zaman Parsi lagi. Contohnya seperti Saaludin Ar Rumi As Sauni telah menulis karya mengenai cinta dan karya tersebut kalau tak didalami dengan betul, cinta yang dikarya seperti dituju pada manusia tetapi sebenarnya kepada pencipta kita.

Faridudan Al-A'tari yang menulis kesusteraan Parsi iaitu anak kepada seorang farmasi. Beliau sangat berbangga dengan pencapaian farmasi tersebut dan tidak pernah mengembara untuk melihat dunia luar yang sebenarnya penuh dengan pahit dan manis. Pada suatu hari, datang seorang tua telah menyedarkan beliau dengan mengkritik kedai farmasi tersebut yang dirasakan oleh Faridudan Al-A'tari sudah cukup maju dan hebat. Disebabkan kritikan tu, beliau menangis dan tersedar mengenai kebanggaannya itu hanyalah sedikit nak dibandingkan kehebatan Allah. Mantiq At-Toir ialah kitab yang dihasilkan oleh beliau setelah beliau tersedar disebabkan kata-kata orang tua yang pernah datang kat farmasi beliau. Kata orang tua tu, "Aku kesian kepada kau kerana apabila engkau mati kau akan meninggalkan banyak harta."

Banyak lagi kitab-kitab lama seperti...
-Ibnu Tufail, Hi Ibnu Ya'zaid (kitabnya). Sampai sekarang orang putih mengabil kitabnya dan mengkaji kitab tersebut.
-Ibnu Rusydi, Bidayah Arrusydiq. Kitab ni membalas kitab Imam Al-Ghazali.
-Hamzah Fansuri, syair perahudi Tanah Melayu. Tarekat wahdatul wujud dan beliau berpegang pada tarekat ni. Fahaman ni disambung oleh Nurudin menyebabkan ketidakpuasan hati dan berbunuhan antara mereka.
-Hamka telah menulis kitab dengan falsafah barat. Beliau memasukkan kisah Socrate dan lain-lain.
-Tafsir Al-Quran, the message dikarang oleh Leopard Wes yang merupakan bekas Yahudi telah bertukar kepada Islam. Bukunya ialah 'Road to Mekah'.

Lagu 'Aduh Saleha' sebenarnya komplain kepada orang-orang yang soleh dan solehah yang selalu bergaul sesama mereka je. S.Remy Sahak, lagunya dipohon rindu dinyanyikan oleh Jamal Abdilah pun ada maksud yang tersirat. Suci Dalam Debu pun ada maksudnya tersendiri iaitu cerita kasih seorang hamba kepada penciptaNya. Debu juga digunakan untuk bertayamum.

'Tanya Sama Hud-Hud' liriknya memang mendalam. Sukar untuk difahami.

Rangkap pertama :-
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

(Hadis Rasulullah menyatakan bahawa Islam akan berpecah kepada 73 tetapi hanya satu sahaja jalan yang benar.)

Rnagkap kedua :-
Ribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
tiga puluh

(Rangkap ni merupakan ringkasan kitab Mantiq At-Toir. Dari berbuku-buku diringkaskan menjadi satu rangkap je. Kitab ini membandingkan burung dan manusia. Hidup ini perlu ada tujuan. Beribu burung-burung ingin ke satu tempat lalu mereka memanggil Hud-Hud yang pernah menjadi pembantu nabi Sulaiman untuk menjadi ketua. Satira (sindiran) dalam parsi dipanggil Mantiq. Berbalik semula kepada kisah burung-burung yang ingin mengembara tetapi tidak tahu kemana hala tujunya telah dicadangkan oleh Hud-Hud untuk mencari Raja Muraq.Hud-Hud memberi tahu bahawa banyak rintangan yang perlu dihadapi oleh mereka untuk mencari raja tersebut. 

Antara burung-burung tersebut ialah burung kenari yang dituju kepada golongan asy-syikin (rindu). Burung Merak pula pernah hidup dengan nabi Adam di dalam syurga. Itik pula memberi alasan bahawa dia tidak mampu pergi kerana dia hidup didalam air. Ini menyindir golongan orang yang sentiasa memberi alasan. Burung Gelatik pulak memberi alasan bahawa fizikalnya kecil. Burung Helang pulak mengatakan bahawa dirinya telah menjadi raja, jadi mengapa perlu dia mencari raja tersebut. Ini merupakan sindiran kepada golongan raja.

Lalu mereka memulakan perjalanan mereka. Mereka melalui 7 lembah. Lembah pertama merupakan lembah pencarian. Lembah ke-2 pula merupakan lembah cinta (api) yang bermaksud perjalanan menuju tuhan semua adalah sama. Lembah ke-3, lembah kearifan. Lembah ke-4 merupakan lembah kebebasan kerana terdapat banyak cabang yang boleh dipilih oleh burung-burung tersebut dan mereka akan berjumpa di satu destinasi. Lembah ke-5 pula merupakan lembah keesaan. Lembah ke-6 ialah lembah kehairanan, ketakjuban kepada akhirat. Lembah yang terakhir, ke-7 merupakan lembah kefakiran kerana hamba itu faham bahawa dia tidak mempunyai apa-apa di dunia ini selain penciptaNya. Sumber dari Youtube mengenai penceritaan daripada Thinker Allahyarham Ustaz Syaari megenai 7 gunung yang boleh dirujuk sebagai 7 lembah tersebut.

Dalam ribuan burung tersebut, hanya 30 ekor burung sahaja yang sampai ke Istana Sultan Muraq tersebut. Muraq di dalam bahasa parsi bermaksud 30. Apabila mereka masuk kedalam istana tersebut, mereka melihat diri mereka sendiri. Ini bermaksud sesiapa yang mengenali diri mereka sendiri maka dia kan mengenali tuhan mereka.

Rangkap ketiga :-
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan cipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

(Rangkap ini menceritakan mengenai peraturan yang dicipta oleh manusia. Manusia ini sebenarnya mencipta undang-undang tetapi sebenarnya mereka mencipta kekalutan kerana undang-undang Allah lebih teratur dan baik untuk manusia.)

Rangkap keempat :-
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenar
Berikan ku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai lai lai lai


(Rangkap ini pula merupakan malaikat maut iaitu sang algojo yang akan menarik nyawa tanpa terlewat seminit pun apabila ajal seorang itu telah sampai. Jika orang tersebut berada dalam kefasikan, dia tidak boleh mengatakan TUNGGU atau NANTI untuk bertaubat kerana semuanya telah terlewat.)

Rangkap kelima :-
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"

(Rangkap ni paling kelakar sebab penulis lirik lagu ni menyindir kepada orang yang tidak memahami lirik ini bahawa jika kau tidak faham apa yang disampaikan kau tanyalah sendiri kepada burung Hud-Hud tersebut.)


Itu jelah ilmu yang aku kongsikan. Sumber dari Ibnu Rijal dari fakulti ECONS,UIA Gombak pada 15.4.14 hari selasa. Tq sudi membaca. :)









Tuesday 18 February 2014

sains di dalam Al-Quran


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Assalamu'alaikum


Dalam perundangan Islam (Hukum Hudud), Allah telah menetapkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan manusia di muka bumi ni. Firman Allah S.W.T,

"(Inilah) suatu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukumnya), dan Kami turunkan di dalamnya tanda-tanda (kebesaran Allah) yang jelas, agar kamu ingat."
(Surah An-Nur, 1)

  • penzina akan disebat sebanyak 100 kali di punggung 
  • minum arak akan disebat sebanyak 40 kali 
Dalam medical news, badan pesalah selepas disebat 100 kali akan merembaskan hormon yang tidak diketahui yang dapat memulihkan HIV. Firman Allah S.W.T,

"Pezina perempuan dan pezina laki-laki, deralah masing-masing dari keduanya seratus kali, dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian; dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang beriman. Pezina lelaki tidak boleh menikah kecuali dengan pezina perempuan, atau dengan perempuan musyrik; dan pezina perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan pezina lelaki atau dengan lelaki musyrik; dan demikian diharamkan bagi orang-orang mukmin."
(Surah An-Nur, 2-3)

Kemudian sains telah membuktikan bahawa laut mati merupakan laut yang paling masin di dunia dengan kadar kandungan garam yang paling tinggi antara laut-laut yang ada sehinggakan tiada satu hidupan pun yang boleh hidup di dalam air laut ini. Jika kita mandi di dalam laut ni, kita akan terapung-apung sebab kepekatan air laut. Laut ini merupakan sebuah negara yang telah dilenyapkan pada zaman nabi Luth A.S disebabkan kaum tersebut melakukan perkara yang amat keji. Firman Allah S.W.T, 

"Maka ketika datang azab Kami, Kami balikkan negeri itu, bahagian atas menjadi bahagian bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang (batu-batu itu) ditandakan (diarahkan) oleh Tuhanmu dan ia tidaklah jauh daripada orang zalim itu."
(Surah Hud, 82-83)



Laut ini terletak di bandar bernama Soddom dan Amurah (Gomorrah di dalam bible) kerana nama kaum tersebut. Lokasi bandar ini terletak di barat daya Laut mati. Ada beberapa penemuan sejarah ditemui di kawasan suatu lembah kini digelar Valley of Salts.



Bumi di situ terdapat kandungan sulfur dan garam yang tinggi dipercayai kerana azab yang telah turun kepada kaum itu iaitu hunjaman batu-batu belerang, yang mana selain membunuh manusia, ia membakar bangunan batu-batu kapur iaitu bahan binaan bangunan kaum tersebut. Tanah dan abu yang ditemui pula mengandungi kalsium sulfat dan kalsium karbonat, hasil daripada batu kapur dan sulfur (belerang) yang terbakar.

Kemudian kenapa pula air kencing bayi lelaki yang umurnya kurang dari 2 tahun dan hanya meminum susu ibunya hanya perlu direnjiskan air untuk membersihkannya? Kajian  dilakukan dan mendapati bahawa
  • bayi berusia 30 hari : kandungan bakteria bagi bayi perempuan adalah 95% lebih tinggi dari bayi lelaki
  • bayi berusia 60 hari : kandungan bakteria bagi bayi perempuan adalah 91% lebih tinggi dari bayi lelaki
  • bayi berusia 90 hari dan ke atas : kandungan bakteria bagi bayi perempuan adalah 69% lebih tinggi dari bayi lelaki

Disini kita sedar bahawa lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan bukan sahaja dari zahirnya. Selain itu, perempuan juga lebih banyak mengenal warna dari lelaki. Lelaki juga mempunyai 2 kali lebih neuron di tapak tangannya berbanding perempuan. hal ini menjadi kelebihan kepada perempuan kerana dapat memegang periuk yang panas dengan tempoh masa yang lama. Perempuan juga sebenarnya seorang yang kuat bagi kaum ibu kerana ketika seorang perempuan sedang sakit bersalin, sakit itu sebenarnya sakit ke-2 selepas mati.

Masuk pula bab penyembelihan. Para pencinta haiwan telah mengecam penyembelihan haiwan kerana mengatakan haiwan tersebut akan merasa sakit dan terseksa dek akibat disembelih. Malahan ada yang berkata, haiwan tersebut perlu dipengsankan terlebih dahulu sebelum disembelih bagi mengurangkan kesakitan. Padahal, dalam islam haiwan yang disembelih akan ditutup matanya terlebih dahulu. 

Ada seorang profesor di Europe telah membuat kajian dengan meletakkan mesin ECG. Ketika haiwan yang hendak disembelih dipengsankan terlebih dahulu, ECG menunjukkan bacaan yang tinggi kerana sakit. Ini menyebabkan jantung mati dan darah tidak akan keluar kesemuanya dari tubuh haiwan tersebut. Tetapi apabila menggunakan cara islam, kesakitan ECG tesebut adalah kosong. Haiwan tersebut tidak merasa sakit dan jantung mereka berdenyut seperti biasa. Ketika ini apabila disembelih kesemua darah akan keluar dari badan haiwan tersebut. Darah-darah ini akan keluar bersama apa jua penyakit.

Teori penyembelihan tidak menjadi sakit kerana apabila leher dipotong, badan dan otak teerpisah menyebabkan kesakitan tidak sampai ke otak.

Wednesday 12 February 2014

Pertunangan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Assalamu'alaikum




Tunangkan daku... Adakah semudah itu? Pertunangan merupakan menuju pra-perkahwinan. Dalam bahasa Arab, tunang disebut sebagai khitbah. Syed Sabiq dalam kitabnya Fiqh As-sunnah, mentakrifkan khitbah sebagai proses lelaki meminta daripada pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.

Hukum bertunang dalam islam adalah harus. Namun sebahagian ulama seperti Imam Syafie dan Dr. Abdul Karim Zaidan mengklasifikasikannya sebagai sunat atas dasar keperluan mengenali hati budi pasangan. Ini kerana perkahwinan merupakan akad perjanjian bersama buat selama-lamanya. Pengertian tunang, melamar, masuk meminang, mengintai ruang, memetik bunga di taman, semuanya ada takrifan tersendiri mengikut adat dan tempat masing-masing. Mengapa islam menganjurkan pertunangan? Jawapan paling mudah, kerana itu adalah salah satu "langkah awal" untuk menuju gerbang pernikahan. Pertunangan juga merupakan proses perkenalan antara perempuan dan lelaki,kerana itu ikatan pertunangan ini tidak perlu diwar-warkan.

Tujuannya? ini jawapan Nabi SAW

"Jika terlintas di hati seseorang untuk melamar perempuan, maka diharuskan untuk dia melihatnya (perempuan yang ingin dilamar)."
(Hadis riwayat Abu Daud)

Dan Nabi SAW bersabda kepada salah seorang sahabat yang bernama Al-Mughirah ketika mana sahabat itu ingin melamar seorang wanita,

"Lihatlah kepada perempuan tersebut. Sesungguhnya perbuatan itu akan menimbulkan perasaan kasih sayang dan penyatuan hati di antara kedua-duanya."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Maka dapat kita fahami wahai hati, bahawa pertunangan itu adalah suatu proses membina rasa kasih untuk menuju gerbang perkahwinan. WAJIB difahami, hak seorang lelaki ke atas tunangnya hanyalah sekadar, orang lain tidak boleh meminang tunangannya itu tanpa beliau memutuskan pertunangannya itu telebih dahulu. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW,

"Tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain."


Tidak keterlaluan andai kita simpulkan pertunangan ini ialah proses membina rasa kasih dan motivasi yang baik untuk menuju ke gerbang pernikahan. Pertunangan ini juga dapatlah dilihat seolah-olah sebagai proses "reserved". Hal ini kerana, sebaik si dia MENERIMA pinangan lelaki, maka keutamaan adalah kepada lelaki itu. Si wanita tidak boleh menerima pinangan-pinangan lain sewenang-wenangnnya, ibarat memilih buah-buahan di pasar. Jika tidak hadir rasa keserasian di dalam pertunangan itu, maka putuskan dengan cara berhikmah. Bukannya sekadar membiarkan tergantung, dan "membuka tawaran" kepada pinangan lain pula. Namun sekiranya perbuatan tersebut dibuat tanpa sebab maka hukumnya adalah makruh.


"...dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta memenuhinya."
(Surah Al-Israk,34)

Abdullah bin Umar bahawa Nabi SAW bersabda,
"Empat perkara yang sesiapa memilikinya maka ia adalah munafik yang jelas. Sesiapa yang memiliki salah satu daripada sifat itu, ia memiliki karakter munafik, hingga ia meninggalkannya. Sekiranya, diberi kepercayaan, ia mengkhianati, sekiranya berbicara, ia berbohong, sekiranya ia berjanji ia mengingkari, dan sekiranya berdebat, ia bertindak keji."
(Riwayat Bukhari)

Adapun berkaitan hantaran pertunangan, mengikut Mazhab Syafie, hantaran diberi atas dasar janji pernikahan maka hantaran tersebut perlu dipulangkan secara mutlak sama ada perpisahan tersebut disebabkan perempuan ataupun lelaki. Namun sekirannya ianya dikira sebagai hadiah pertunangan maka tidak ada hak si lelaki mahupun sebaliknya untuk menuntutnya semula.



Baiklah kita teruskan lagi. Hak seorang lelaki ke atas tunangnya HANYALAH ITU SAHAJA. Tunang bukanlah tiket untuk lelaki bermalam di rumah tunangnya tanpa ada sesiapa. Tunang bukanlah tiket bagi pasangan itu mendaki ke Genting Highland untuk "bergurau senda". Tunang bukanlah tiket untuk pasangan itu bercuti di Langkawi hanya berdua. Bagi Islam, tunang sekadar itu. Dan TIDAK LEBIH DARIPADA ITU! Sabda Nabi SAW,

"Tidak halal bagi seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahramnya. Maka pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika berdua berkhalwat itu adalah syaitan."
(Hadis riwayat Tirmizi) 

Dan bagi diri yang jahil ini, daku merasakan pertunangan adalah satu proses motivasi yang sangat baik untuk menuju ke gerbang perkahwinan. Apabila seseorang itu bertunang, dia akan merasakan dirinya lebih perlu bekerja keras untuk berkahwin. Dia akan menyiapkan ilmu agamanya sebanyak yang mungkin. Dia akan mencari kekuatan ekonominya semampu yang boleh sebagai pemangkin.

Seharusnya Islam begitu. Hikmah pertunangan adalah demikian. Tetapi, mengapa kita menyongsangkan hikmah pertunangan itu? Mengapa pertunangan iu menjadi lesen besar untuk kita bebas seolah-olah sudah bernikah 10 tahun yang lalu? Itu yang harus kita muhasabahkan.

Bagi golongan "orang lama" pula, usahlah dalam proses pertunangan itu, adat mendahului syariat. Jangan sampai begitu! Ada sekolompok adat, cincin pertungan haruslah tidak kurang daripada 1K! Ada sekumpulan adat lagi, majlis pertunangan disambut seolah-olah majlis ambang kemerdekaan! Malah lebih parah, ada sekumpulan adat lagi yang memberi lesen pasangan tunang itu untuk bergambar di sawah ladang, di rumah usang, di tasik milik orang dan di atas basikal terbuang. Kononnya sebagai kenangan, lalu dimuatkan menjadi video dan ditayangkan pada pra perkahwinan!

Ingatlah.. Ini bukan cara Islam! Malah ini bukan adat ketimuran. Daripada siapa adat ini datang? Pulangkan semula pada mereka. Kita punyai syariat yang cukup indah. Kita miliki adat yang wasatiyyah (kesederhanaan). Cukuplah... Jangan sampai pertunangan putus di tengah jalan, cincin di jari terpaksa dipulangkan, kos persiapan terbang melayang, yang syariat tidak kesampaian dan yang adat jatuh berciciran.

Pada zaman sekarang pula, ikatan pertunangan itu dilangsungkan apabila perempuan dan lelaki telah lama "berkawan" tujuannya untuk mencari keserasian. Berkawan sudah lama sehingga 7 tahun baru bertunang. Bertunang pula diikatnya tempoh yang lama. Sudahnya tali yang mudah rapuh dan tidak kuat ini terputus di tengah jalan. Sudah lama berkawan baru tali pertunangan diikat kerana apa? Sedangkan pertunangan ialah perkenalan antara lelaki dan perempuan untuk mencari keserasian. Hikmah pertunangan dirahsiakan pula ialah jika tali pertunangan ini terputus atas sebab tidak ada keserasian antara lelaki dan perempuan,tidaklah silaturrahim antaa dua keluarga ini tidak terputus. Kerana pada masa kini, apabila putus tali pertunangan maka putuslah hubungan antara kedua pihak keluarga. Kemudian terdengarlah mulut orang soksek-soksek bertanya tentang keburukan perempuan tersebut sehingga boleh terputus tali pertunangan. Disebabkan itu, pertunangan harus dirahsiakan di dalam islam.

Allahualam.. :)



Sebab sekarang musim cuti mesti ramai yang berkahwin dan bertunang (sempat tulis tunang je,huhu), jadi pada yang mahu bertunang selamat bertunang saya ucapkan :)


Friday 17 January 2014

Al Quran digital


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Assalamu'alaikum
Tuan/puan/encik/cik


Al-Quran Pen Reader ialah pen yang BOLEH MEMBACA AL-QURAN tetapi ia tidak boleh menulis. Apabila read pen ini disentuh pada mana-mana Ayat Al-Quran atau pada mana-mana Surah, maka pen tersebut akan membacanya.





Dalam konteks mendidik anak-anak, mungkin set pen digital al-Quran merupakan satu pilihan kerana ia bertindak sebagai scanner atau pengimbas kepada huruf-huruf yang dicetak pada naskhah al-Quran.


Al-Quran itu pula diperbuat daripada kertas yang mempunyai kod. Bagaimanapun, pada mata kasar kod-kod berkenaan tidak kelihatan. Ia hanya boleh dilihat sekiranya mengguna kanta pembesar.


Pengguna boleh nampak dengan jelas grid yang ada di belakang tulisan pada al-Quran tersebut. Pada grid berkenaan, dimasukkan kod tertentu dan apabila pen diletakkan, alat pengimbas yang padanya akan mencetuskan bunyi tertentu berdasarkan kod tertentu.


Pen ini mampu menyimpan hampir 480,000 kod tetapi ia tidak berfungsi pada al-Quran biasa kerana tidak memiliki kod.



Kepada sesiapa yang mencari AlQuran Digital bolehlah buat tempahan pada saya dengan harga yang berpatutan. 
AlQuran ni tak semestinya untuk korang sendiri, boleh dijadikan :

  • hadiah untuk mak, ayah, mak mertua, ayah mertua, nenek, atok, pakcik, makcik...dipendekkan ayat hadiah untuk ahli keluarga :)
  • untuk pasangan pengantin boleh lah buat hantaran perkahwinan :)
  • untuk anak2 yang nak belajar mengaji, boleh ajar mereka guna AlQuran Digital ni
  • hadiah kepada rakan2
  • hadiah pada bos :)

harga sangat lah berpatutan
  • 1 unit : RM400  RM250 harga promosi :)
  • 10 unit : RM200 seunit
  • 100 unit : RM150 seunit
boleh hubungi nombor ni kalau berminat 0176885506/0142214885

Thursday 16 January 2014

excited.blog pertama !! huhu

                                               بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ




Alhamdulilah :D
lama dah nak buat blog ni
nak buat blog sebab banyak sangat nak disampaikan
insyaAllah berguna untuk masyarakat,keluarga,rakan2 dan paling penting diri sendiri...
InsyaAllah :D
jadi saya mulakan dengan lafaz
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang
err..tulis lah blog.huhu
ok , bubye
:D